Apakah itu Gotrade?

Apakah itu Gotrade?

Apa itu Gotrade
Gotrade
Gotrade merupakan platform pelaburan saham luar negara yang dipelopori oleh TR8 Securities pada awal tahun 2021. Gotrade tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 dengan nombor lesen SL/20/0014. Pada masa ini, Gotrade telah beroperasi di 150 buah negara.

Mengikut laman web rasmi heygotrade.com, Gotrade ialah platform pelaburan saham luar negara yang menawarkan sistem transaksi perdagangan pecahan (fractional trade). Ini bermakna jika harga per saham sesuatu saham luar negara terlalu mahal, pelabur masih boleh membelinya dengan pecahan saham (fractional shares) atau pecahan harga.

Menariknya, di Gotrade pelabur boleh membeli saham luar negara dengan nilai minimum US $1 sahaja. Sebagai contoh, jika harga sesaham saham milik Apple adalah bernilai US $152, maka pelabur Gotrade boleh membelinya dengan harga US $1 dan mendapat peratusan daripada harga satu saham. Untuk gambaran lain, jika Tesla misalnya didagangkaan pada harga US $1,000 per saham, anda masih boleh membeli 1/1,000 saham Tesla dengan harga US $1. Bukan saham Apple dan Tesla sahaja yang boleh dibeli, malah semua saham syarikat terkenal yang tersenarai di Bursa Saham Amerika Syarikat boleh dibeli seperti Microsoft, Netflix, Google, Starbuck dan sebagainya.

Jom mula melabur dengan Gotrade serendah US $1!!!


Lebih menarik lagi, walaupun pemilikan saham tidak sampai 1 lot (100 saham), pengguna Gotrade berpeluang mendapat dividen daripada prestasi penerbit saham mereka. Keuntungan secara automatik akan dikreditkan ke akaun pengguna mengikut jumlah pegangan saham luar negara.

Aplikasi Gotrade juga membenarkan pelabur menetapkan belanjawan dan secara automatik mengira bilangan pecahan saham yang dibeli. Urus niaga di Gotrade juga berlaku dalam masa nyata dan dengan lancar mengikut waktu bursa saham Amerika Syarikat, iaitu Wall Street. Bursa saham AS beroperasi dari 9.30 malam hingga 3.30 pagi.

Gotrade merupakan sebuah syarikat permulaan pelaburan saham yang berpangkalan di Singapura, Gotrade menawarkan pelabur untuk melabur melalui perisian mereka untuk membeli saham di pasaran saham Amerika hanya pada US $1.

Jom mula melabur dengan Gotrade dengan dana serendah US $1.


Sejarah Aplikasi Gotrade

Gotrade ditubuhkan pada tahun 2019 oleh Rohit Mulani, Norman Wanto dan David Grant dengan misi untuk memudahkan orang ramai melabur di mana-mana sahaja. Mereka bertiga bekerjasama membangunkan dan mengembangkan aplikasi Gotrade untuk membolehkan pengguna di seluruh dunia membeli saham fractional  daripada syarikat-syarikat gergasi di NYSE dan NASDAQ dengan hanya US $1.

Pada awalnya, Gotrade mendapatkan pelaburan seed-round sebesar US $7 juta pada tahun 2021 daripada LocalGlobe dan Social Leverage yang kedua-duanya merupakan pelabur awal Robinhood.

Setelah mendapat kebenaran daripada Labuan Financial Services Authority of Malaysia, Gotrade melancarkan platformnya dengan sistem jemputan (invite-only) pada Mac tahun 2021, dan diikuti oleh pelancaran secara global pada September tahun 2021.

Aplikasi Gotrade menipu?

Aplikasi Gotrade tidak menipu kerana ia tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 dengan nombor lesen SL/20/0014. Selain itu, semasa anda melakukan transaksi untuk membeli saham, Rapyd yang akan menguruskan tansaksi anda di mana Rapyd ini merupakan syarikat payment gateway yang dikawal selia di Singapura. Kemudian, Rapyd ini tidak meletakkan wang anda di Gotrade tetapi Gotrade hanya merekodkan sahaja transaksi tersebut. Wang anda tersebut akan terus dihantar kepada broker-dealer yang mempunyai lesen FINRA di Amerika Syarikat, iaitu Alpaca Securities LLC. Dana anda tersebut pula diinsurankan mengikut undang-undang Amerika Syarikat, iaitu sebanyak US $500 ribu. Hal ini untuk menjamin keselamatan dana anda sekiranya syarikat Alpaca Securities LLC tersebut bankrup. Dalam hal ini, Alpaca juga tidak memegang wang anda tetapi langsung disimpan di BMO Harris Bank yang juga dikawal selia oleh FDIC Amerika Syarikat dan diinsurankan juga.
Kesimpulannya, anda tidak perlu risau untuk melabur di Gotrade. Inilah masanya untuk menjadi sebahagian daripada pemegang saham syarikat-syarikat gergasi di Amerika Syarikat walaupun jumlah sahamnya adalah kecil.

Jom, mula melabur dengan hanya US $1!!!!