About

SIAPAKAH PENTADBIR BLOG PENDIDIK JALANAN?


Pentadbir blog Pendidik Jalanan merupakan orang biasa-biasa sahaja yang tinggal di sebuah kampung di pedalaman Sabah, Malaysia. Pentadbir blog ini tidaklah kaya tetapi tidak juga terlalu miskin. Bak kata orang, "Kehidupan yang cukup-cukup makan sahaja". Pentadbir blog ini mula berminat dengan dunia blogger pada tahun 2020. Blog ini mula dicipta pada bulan Februari 2020. 
 
Sejak 18 Mac 2020, iaitu sejak bermulanya Perintah kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia akibat merebaknya Virus Corona atau Covid-19, saya mula bergiat aktif dalam mempelajari dunia blog bermula daripada cara membuat catatan, SEO blogger, cara edit tema, susun atur tataletak dan sebagainya. Sebenarnya dunia blogger ini adalah indah bagi sesiapa yang minat dalam bidang penulisan tetapi tidak tahu tempat untuk mengongsikan ideanya. 
 
Untuk makluman sahabat sekalian, hasil tulisan saya di blog ini ialah hasil pengalaman saya sendiri dalam kehidupan realiti. Semua hasil tulisan saya di blog telah saya kaji dan selidik sedalam-dalamnya sebelum menerbitkannya supaya sahabat sekalian lebih yakin untuk mengunjungi blog saya. Pentadbir blog ini cuma satu, iaitu saya manusia yang gila.

Catatan:
Sesiapa yang mahu menjadi penulis untuk blog saya boleh emel atau whatsapp. Untuk hubungi saya sila lihat di Laman Contact.

About Pendidik Jalanan
Logo Pendidik Jalanan



SEKIAN, TERIMA KASIH!!