6 Sebab Wanita Gemuk Lebih Membahagiakan Berbanding Wanita Langsing

Pendidik Jalanan - Golongan wanita yang bertubuh besar biasanya sering dikaitkan dengan masalah obesiti. Golongan ini juga sering dianggap sebagai golongan yang kuat makan dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang. Mana tidaknya, golongan seperti ini sering dilihat sangat suka makan. Kita akan sentiasa melihat mereka makan. Lepas makan tu, makan ni pula. Hampir setiap masa kita lihat mereka ni mengunyah makanan.


Namun yang mengecewakan, golongan wanita seperti ini sering dihina kerana bertubuh besar. Mereka juga sering dibanding-bandingkan dengan golongan wanita yang bertubuh langsing. Walaupun begitu, tahukah anda bahawa golongan wanita yang bertubuh besar ini selalunya lebih baik hati dan rendah diri daripada segelintir wanita yang bertubuh langsing? Kadang-kadang wanita yang bertubuh langsing ini "sungguh sombong" terutamanya mereka yang sangat popular dengan kecantikannya dan menjadi kegilaan ramai lelaki. 

Tetapi bagi pihak penulis sendiri, penulis tidak suka wanita seperti ni kerana kadang-kadang nereka hanya mahu mempergunakan lelaki untuk kepentingan dirinya sendiri terutamanya kepada lelaki-lelaki hodoh seperti penulis sendiri. Nah, di sini pihak penulis berbesar hati untuk berkongsi sebab penulis lebih suka kepada wanita bertubuh besar atau bahasa kasarnya "GEMUK" berbanding mereka yang bertubuh langsing dan sangat rupawan. Sila teruskan membaca untuk mengetahui sebabnya.

Kenapa Wanita Bertubuh Gemuk Lebih Membahagiakan Berbanding Wanita Bertubuh Langsing?

6 Sebab Wanita Gemuk Lebih Membahagiakan Berbanding Wanita Langsing

Sebab Wanita gemuk lebih membahagiakan berbanding wanita langsing
Mengapa wanita gemuk lebih membahagiakan berbanding wanita langsing?

1. Senang untuk Berbual dengan Mereka

Wanita yang bertubuh gemuk ini biasanya lebih senang diajak berbual dan biasanya mereka adalah pendengar dan penasihat yang terbaik yang pernah kita jumpa. Mungkin ada yang mengatakan bahawa " kawan perempuan saya gemuk pun tetapi bukan begitu". Ya, saya tidak menafikan bahawa ada juga wanita yang gemuk ini sombong dan bukan senang untuk diajak berbual tetapi kebiasannya mereka ini senang diajak berbual. Semasa kita berbual-berbual dengan mereka, mereka bukan sahaja boleh menjadi pendengar yang baik tetapi mereka juga membuatkan kita selesa berada di dekat mereka. Biasanya, kita akan lebih berasa luar biasa jika berbual-bual dengan wanita bertubuh gemuk kerana kita akan dapat sesuatu yang baharu daripada mereka yang kita tidak pernah rasai sebelum ini jika berbual-bual dengan wanita yang bertubuh langsing.

2. Tidak akan Menyeksa Dirinya Sendiri

Wanita yang bertubuh besar ini biasanya mempunyai cara pemikiran yang berbeza dengan wanita yang bertubuh langsing terutamanya dalam soal makan. Berbeza dengan wanita yang bertubuh langsing yang bersusah-payah bahkan ada yang bermatian-matian untuk diet bagi mendapatkan tubuh badan yang ideal, wanita bersaiz besar pula akan sentiasa menjadikan badan mereka lebih sihat dengan mengatur waktu makan dan tidak terikat untuk memiliki tubuh yang langsing. Nah, pasti ada yang pernah mengajak wanita yang bertubuh langsing ini untuk makan di mana-mana kedai makan kan, tetapi pasti mereka mempunyai banyak alasan untuk menolaknya. Kalau mereka tidak menolaknya pun, pasti mereka tidak akan menghabiskan makan mereka atau pun hanya memesan minuman sahaja. Kejadian seperti ini pasti sangat membosankan kerana hanya kita sahaja yang berselera untuk makan, manakala wanita yang bertubuh langsing ini hanya minum air bahkan kalau pun makan mereka hanya terpaksa kerana mahu menjaga hati kita. Tapi, kalau kita bawa wanita yang bertubuh besar ni makan di mana-mana kedai makan, pasti mereka dengan senang hati menerima pelawaan. Kita juga turut berselera apabila melihat mereka makan. Lagipun, dalam bab makan ni, wanita yang bertubuh besar ni tidak begitu cerewat sangat berbanding mereka yang menjaga badan.

3. Menjadi Diri Mereka Sendiri

Kebanyakannya wanita yang bertubuh besar ini akan menjadi diri mereka sendiri berbanding mereka yang bertubuh langsing. Misalnya, dari segi cara pemakaian. Wanita yang bertubuh besar ini akan memakai pakaian mengikut kesukaan dan keselesaan mereka sama ada mahu menghadiri sesuatu majlis ataupun hanya jalan-jalan makan angin. Manakala wanita yang bertubuh langsing ini pula akan sentiasa memakai pakaian yang akan menonjolkan mereka dalam sesuatu majlis atau memakai pakaian yang menampakkan mereka lebih langsing walaupun mereka tidak selesa dengan pakaian tersebut. Mereka lebih mementingkan penilaian orang lain terhadap diri mereka berbanding menjadi diri mereka seadanya. Nah, sifat wanita bertubuh besar yang tidak mementingkan penilaian orang lain terhadap dirinya ini menjadikan mereka lebih menyenangkan berbanding mereka yang mempunyai impian bertubuh langsing. Yang paling penting, wanita yang bertubuh besar ini selalu menampilkan tingka laku lucu yang membuatkan anda tertawa terbahak-bahak. Bahkan kita juga mudah bergurau senda bersama-sama wanita bertubuh besar ini.

4. Sentiasa Memberi Sokongan

Biasanya apabila kita berada dalam lingkungan wanita yang bertubuh besar ini, kita tidak akan pernah merasa diri kita tidak dihargai kerana mereka akan sentiasa mendengar dan memberi pendapat untuk menambahbaik pendapat yang kita utarakan. Mereka tidak akan pernah memperlekehkan pendapat kita. Bahkan, mereka juga akan sentiasa menyokong kita tanpa bosan walaupun orang lain tidak memperdulikan kita. Yang paling disukai, pasti kerana mereka menyokong kita bukan hanya dengan cara memberikan kata-kata semangat tetapi mereka menyokong kita dengan cara bersama-sama kita melakukan sesuatu hal itu. Misalnya, jika kita ingin menjadi pemain badminton yang handal, pasti mereka pun akan turut serta bermain dengan kita walaupun keadaan tubuh mereka yang kurang mengizinkan.

5. Mempunyai Keperibadian yang Sangat Menyenangkan

Mungkin apabila kita bandingkan dari segi bentuk tubuh badan dan rupa, pasti mereka yang bertubuh langsing akan menang berbanding yang bertubuh besar. Namun tahukah anda, kebiasaannya wanita yang bertubuh besar ini mempunyai keperibadian yang lebih menarik untuk beberapa keadaan berbanding mereka yang bertubuh langsing. Misalnya, wanita yang bertubuh langsing ini lebih mudah melupakan kejadian buruk yang terjadi kepadanya berbanding mereka yang bertubuh langsing. Buktinya, apabila mereka menangis disebabkan oleh sesuatu perkara buruk, mereka akan lebih mudah tersenyum berbanding mereka yang bertubuh langsing. Kadang-kadang hanya perlu memberikan makanan kesukaannya untuk membuat mereka tersenyum apabila mereka menangis ataupun disakiti. Wanita yang bertubuh besar ini juga mudah memaafkan dan tidak suka berdendam kepada orang lain. Selain itu, orang yang bertubuh besar ini juga akan lebih kelihatan ceria selalu berbanding orang lain dan tidak memilih orang untuk bergaul. Orang kaya, miskin, cantik dan buruk itu tiada dalam kamus orang yang bertubuh besar.

6. Pandai Memasak

Kebiasannya orang yang bertubuh besar ini pandai memasak. Setiap masakan yang mereka hidangkan tentu sedap-sedap. Buktinya, jika tidak percaya, anda boleh membeli makanan daripada orang bertubuh besar. Tentu masakannya secukup rasa. Bak kata orang "Tiada yang lebih, tiada yang kurang". Wanita yang bertubuh besar ini juga bukan sahaja pandai memasak tetapi juga pandai membuat kek dan kuih-miuh yang sungguh lazat. Walaupun begitu, bukan semua wanita bertubuh besar ini pandai memasak tetapi kebiasannya mereka pandai dalam bab masakan ni.

PERHATIAN:
Tujuan admin menulis artikel ini bukan untuk menyinggung sesiapa terutamanya golongan wanita bertubuh langsing tetapi bertujuan untuk menyedarkan kita semua mengenai kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri masing-masing. Sebagus manapun kita, pasti ada juga sedikit kekurangan kerana hanya Tuhan yang sempurna di dunia ini. Artikel ini hanya perkongsian semata-mata mengenai kelebihan yang ada pada golongan wanita gemuk memandangkan golongan ini selalu dihina dan tidak lebih daripada itu.

Saya sebagai penulis memohon maaf sekiranya ada menyinggung perasaan sahabat-sahabat yang membaca. Saya harap semua pembaca di blog PendidikJalanan.blogspot.com dapat mengambil positif apa-apa sahaja yang penulis sampaikan dalam artikel ini.

Sekian, terima kasih. Semoga bermanfaat.
#AndaManusiaYangHebat