CARA MUDAH MEMADAM AKAUN INSTAGRAM SECARA KEKAL MENGGUNAKAN HANDPHONE
Cara mudah memadam akaun Instagram secara kekal menggunakan Handphone - Salam sejahtera kepada para sahabat sekalian yang sudi dan setia membaca isi blog saya.
Pada kali ini, saya akan berkongsi mengenai aplikasi yang cukup terkenal bukan sahaja di kalangan para remaja tetapi juga di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Aplikasi ini juga sangat terkenal kepada mereka yang sangat mengemari budaya swafoto ataupun "selfie". Aplikasi yang akan saya kongsikan ini juga selalu digunakan oleh para peniaga online untuk memasarkan produk-produk mereka terutamanya produk kecantikan, kesihatan dan sebagainya memandangkan aplikasi ini digunakan oleh lebih 1 bilion orang di seluruh pelusuk dunia. Aplikasi famous ini dikenali sebagai INSTAGRAM yang namanya tidak asing lagi bagi kita. Kita selalu berkongsi gambar-gambar selfi dan video-video di aplikasi ini disamping tempat memasarkan produk-produk online kita.
Dalam keasyikan kita memuat naik ataupun berkongsi foto-foto selfie dan sebagainya di instagram, terkadang tergerak di hati kita untuk memadam akaun Instagram kita sendiri kerana sebab-sebab tertentu ataupun sebab-sebab peribadi. Persoalannya, bagaimanakah kita hendak memadam akaun Instagram kita sendiri? Tentu persoalan ini terdetik di fikiran para sahabat sekalian. Tetapi para sahabat tidak perlu risau lagi kerana cara-cara untuk memadam akaun Instagram telah saya sediakan di bawah ini.
CARA MUDAH UNTUK MEMADAM AKAUN INSTAGRAM SECARA KEKAL MENGGUNAKAN HANDPHONE
1. Tekan tulisan berwarna di bawah!!
"PADAM AKAUN INSTAGRAM"
"PADAM AKAUN INSTAGRAM"
2. Nyatakan mengapa para sahabat ingin memadam akaun instagram para sahabat. Tidak perlu risau kerana pilihan sudah disediakan.
PILIH MENGAPA MAHU PADAM AKAUN |
3.Tekan butang merah "Permanently delete my account ".
Tekan butang merah |
CARA PANJANG UNTUK MEMADAM AKAUN INSTAGRAM SECARA KEKAL
1. Log masuk ke AKAUN INSTAGRAM para sahabat masing-masing.
2. Pergi ke laman profile Instagram para sahabat masing-masing.
3. Tekan tanda ☀/ bulatan di sisi kiri atas paparan laman profile Instagram para sahabat.
4. Tekan bahagian Help Center/Pusat Bantuan.
Pilih Help Center |
5. Taip "Bagaimanakah saya hendak memadam akaun instagram saya?" di enjin pencarian instagram. Enjin pencarian instagram ialah di kawasan merah dalam gambar di bawah.
Taip perkataan |
6. Tekan bahagian tulisan biru "Bagaimanakah saya hendak memadam akauan instagram saya?".
Tekan perkataan dalam kurungan merah |
7. Baca bahagian "Cara memadam akaun anda secara kekal.
Baca dan fahami |
8. Tekan tulisan berwarna biru "Padam Akaun Anda" pada cara No.1.
Tekan tulisan "Padam Akaun Anda" |
9. Nyatakan mengapa para sahabat hendak memadam akaun para sahabat.
Pilih mengapa mahu padam akaun |
10. Masukkan kata laluan (password) dan kemudian tekan butang merah "Permanently delete my account ".
Tekan butang merah |
Sekian perkongsian daripada Team Pendidik Jalanan buat kali ini. Semoga teknik memadam akaun Instagram ini bermanfaat untuk para sahabat yang mempunyai kesulitan untuk memadam akaun Instagram. Sekian, terima kasih..