Fakta Mengapa Enjin Lori dan Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti

pendidikjalanan.blogspot.com -  Pernahkah anda melihat pemandu lori yang menghentikan lori mereka di tepi jalan ataupun di R&R untuk berehat mematikan enjin lori mereka? Pasti jarang-jarang dilihat kan. Kalau ada pun yang mematikan enjin lori atau bas mereka, itu adalah satu daripada seratus pemandu lori yang ada di Malaysia. Begitu juga dengan pemandu bas express, mereka tidak mematikan enjin bas mereka jika tidak berhenti terlalu lama. Mengapa mereka tidak mematikan enjin lori atau bas mereka? Pasti ramai yang keliru dan tertanya-tanya kenapa mereka berbuat demikian? Ada juga yang kata "Bukankah lebih jimat minyak, sekiranya mereka matikan saja enjin lori atau bas mereka tu?". Nah, inilah fakta mengenai lori dan bas besar yang ramai orang tidak tahu.

Fakta Mengapa Enjin Lori dan Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti
Mengapa Enjin lori dan bas tidak dimatikan setiap kali pemandu berhenti?

Fakta Mengapa Enjin Lori dan Bas Tidak Dimatikan Setiap Kali Pemandu Berhenti


1. Lori dan bas menggunakan Enjin Diesel.

Salah satu sebab pemandu lori dan bas tidak mematikan enjin ketika berhenti adalah kerana bas dan lori menggunakan enjin diesel. Enjin diesel ini tidak akan panas walaupun pemandu lori dan bas tidak mematikan enjin dalam jangka masa yang panjang. Enjin diesel ini hanya akan panas sekiranya berlaku kebocoran pada tangki air, turbin karburator rosak ataupun minyak enjin tidak mencukupi.

Pemandu lori atau bas ini juga tidak mematikan enjin ketika berehat kerana enjin diesel terutamanya enjin diesel jenis Turbo amat sensitif jika dihidupkan dan dimatikan terlalu kerap. Dalam erti kata lain, enjin diesel ini cepat rosak sekiranya kerap dimatikan dan dihidupkan.

Selain itu, sudah menjadi amalan pemandu lori selama ini untuk menghidupkan enjin lori beberapa minit dahulu sehingga tolok suhu enjin lori mencapai suhu bekerja, barulah lori mula bergerak. Kebiasaannya, enjin lori berada dalam lingkungan 80°C barulah lori mula bergerak. Memanaskan enjin sehingga suhu enjin mencapai suhu bekerja ini juga diamalkan oleh para pemandu bas.

Pemandu lori atau bas yang menggunakan lori atau bas berenjin diesel jenis Turbo juga selalunya mengamalkan untuk membiarkan enjin hidup sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mematikan enjin. Enjin lori dan bas ini adalah besar atau kebiasaanya disebut "CCnya terlalu besar". Silindernya juga banyak dan pemampatan adalah tinggi. Hal ini menyebabkan enjin lori atau bas ini sangat ketat atau berat untuk dihidupkan (Startup atau Cranking). Oleh itu, sebagai pemandu yang rasional adalah tidak bijak sekiranya cranking start enjin lebih daripada sekali dalam sehari. Di samping itu, perbuatan startup enjin lori yang ketat berulang-kali akan menyebabkan hayat Motor Starter lebih pendek.


2. Sistem brake dan tekanan angin.

Untuk pengetahuan anda, sistem brake dan klac lori-lori besar menggunakan tekanan angin. Oleh itu, jika enjin lori dimatikan, maka tekanan angin dalam tabung brake dan kalc akan berkurang dan lama-kelamaan akan habis.

Keadaan inilah yang menyebabkan pemandu-pemandu lori dan bas jarang-jarang mematikan enjin kerana mereka terpaksa membuang masa yang agak banyak untuk mengisi angin ke dalam tabung. Selagi tekanan angin tidak mencukupi, maka selagi itu lori atau bas tidak boleh bergerak kerana sistem brake dan klac masih tidak boleh berfungsi dengan cekap. Sebenarnya, bukan susah untuk startup enjin lori atau bas besar ini sampai tidak boleh matikan enjin dengan kerap tetapi sebab lori dan bas ini guna sistem brake tekanan angin. Jadi, untuk mengelakkan membuang masa terlalu lama mengisi tabung angin apabila mereka mahu bergerak semula selepas berehat, maka mereka membiarkan enjin tetap hidup (running). Apabila enjin lori atau bas ini sentiasa running, maka tekanan angin dalam tabung akan maintain. Kalau tidak tunggu sampai tekanan angin cukup pula, berbahaya kerana sistem brake tidak dapat beroperasi dengan cekap. Hal ini akan menggugat keselamatan penumpang dan pemandu lori atau bas. Orang kata "Bahaya jalan kalau tiada brake".

INFO TAMBAHAN
Enjin diesel ini memerlukan lebih banyak haba berbanding enjin petrol. Hal ini berkemungkinan kerana muatan haba tentu bagi minyak diesel lebih tinggi berbanding minyak petrol. Jika suhu engin diesel ini tidak cukup tinggi, maka ia tidak akan berfungsi secara optimum. Enjin diesel ini juga cepat bengkok atau warp sekiranya pemandu selalu mematikan dan menghidupkan enjin dalam masa yang singkat. Inilah sebabnya pemandu lori atau bas tidak mematikan enjin selagi masa bekerja belum tamat.


Setakat ini sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Sekian, terima kasih.
#AndaManusiaYangHebat