Mikroekonomi : Bab 1 Pengenalan
DEFINISI ILMU EKONOMI
MIKROEKONOMI |
• Ilmu ekonomi wujud akibat daripada kehendak manusia yang tidak terhad tetapi sumber ekonomi yang sedia ada adalah terhad.
• Ilmu ekonomi mengkaji gelagat individu, isi rumah, firma dan kerajaan dalam kegiatan penggunaan, pengeluaran dan pengagihan faktor pengeluaran yang tidak terhad dengan membuat pilihan yang terbaik dan paling cekap untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas.
Sumber ekonomi adalah terhad
• Merujuk kepada penawaran sumber ekonomi yang tidak mencukupi untuk menghasilkan nmmĺ mencukupi untuk memenuhi semua kehendak manusia/masyarakat secara serentak.
Sumber Terhad yang mempunyai Kegunaan Alternatif
• Apabila suatu sumber digunakan untuk menghasilkan suatu barang maka, sumber tersebut tidak boleh digunakan lagi untuk menghasilkan barang lain pada masa yang sama.
Mengapakah Kehendak Manusia tidak Terhad?
1) Cita rasa manusia yang berubah-ubah.
• Maksudnya, apabila sesuatu kehendak
dapat dipenuhi, timbul lagi kehendak
baharu.
2) Kemajuan teknologi.
• Menghasilkan banyak barang dan
perkhidmatan yang dapat menarik
perhatian pengguna dan
memaksimumkan kepuasan
pengguna.
UNIT-UNIT EKONOMI
UNIT EKONOMI | DEFINISI |
---|---|
Isi Rumah Objektif : Memaksimumkan kepuasan. | • Unit pengguna dalam ekonomi yang membekalkan faktor-faktor pengeluaran dan menggunakan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam ekonomi. • Individu/sekumpulan individu yang tinggal bersama dan membuat keputusan kewangan secara bersama. |
Firma Objektif : Memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos pengeluaran. | • Unit pengeluar dalam ekonomi yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarakan barang dan perkhidmatan. |
Kerajaan Objektif : Memaksimumkan kebajikan masyarakat. | • Pelaku unit ekonomi yang mengawal aktiviti ekonomi isi rumah dan firma melalui undang-undang. |
Sektor Luar (Asing) Objektif : Memaksimumkan keuntungan. | • Unit perdagangan antarabangsa. |
SUMBER EKONOMI
• Input atau faktor pengeluaran (Tanah, buruh, modal dan usahawan) yang secara relatif bersifat kekurangan yang digunakan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
•Bersifat kekurangan.
(Jumlah sumber ekonomi yang ada < kehendak yang tidak terhad)
1. Tanah
• Sumber anugerah alam semulajadi yang terdapat di permukaan bumi, perut bumi dan dalam lautan.
Permukaan bumi - Hasil hutan, tumbuh-tumbuhan
Perut bumi - Bahan galian, petroleum, air
CIRI-CIRI
a) Penawaran tanah adalah terhad.
Contoh : Tanah yang digunakan sebagai tapak projek perumahan tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan lain.
b) Tidak mempunyai mobiliti geografi/ tempat.(Tanah tidak boleh bergerak/ dipindahkan dari suatu tempat ke tempat lain)
c) Mempunyai mobiliti kegunaan.
• Tanah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan/Mempunyai pelbagai kegunaan.
Contoh : Tapak kegiatan pertanian, tapak perumahan.
d) Ganjaran/ pulangan tanah ialah Sewa.
*Nilai tanah bergantung kepada faktor lokasi dan kegunaan pada masa depan.
2. Buruh (Faktor pengeluaran paling dinamik)
• Individu yang menyumbangkan sama ada tenaga fizikal atau mental untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
*Menyumbangkan juga masa dan usaha.
Buruh mahir - Buruh yang berpendidikan tinggi dan mempunyai kemahiran tertentu. Contoh: Doktor, arkitek, peguam.
Buruh tidak mahir - Buruh yang berpendidikan renda dan tidak mempunyai kemahiran tertentu.
Contoh: Pekerja am, buruh kasar
CIRI-CIRI
a) Tidak menanggung risiko.
• Buruh tetap dibayar gaji/upah walaupun majikannnya mengalami kerugian.
b) Tidak memikirkan dan melakukan inovasi dan kreativiti
• Buruh hanya menjalankan kerja dan tugasan yang diarahkan dan diaturkan oleh majikannya.
• Buruh tidak memikirkan cara untuk meningkatkan kualiti barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan.
c) Mempunyai mobiliti pekerjaan yang tinggi.
Mobiliti pekerjaan - Kemampuan buruh untuk mengubah jenis pekerjaan.
d) Mempunyai mobiliti geografi yang tinggi.
Mobiliti geografi - Kemampuan buruh untuk bekerja di lokasi fizikal tertentu.
e) Ganjaran buruh ialah gaji/upah.
• Diupah mengikut taraf pendidikan, kemahiran, produktiviti, jumlah jam bekerja dan sebagainya.
3. Modal (Input utama dalam ekonomi)
• Barang ciptaan manusia yang digunakan selanjutnya untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
(Modal dapat meningkatkan daya pengeluaran untuk menjana pendapatan kepada pemiliknya)
Modal fizikal - Kilang, bangunan, gudang, jentera, mesin, peralatan, stok barang siap (Barang pengguna yang belum sampai kepada pengguna akhir)
Modal sosial - Barang modal yang berfungsi untuk melicinkan proses pengeluaran barang dan perkhidmatan.
(Contoh: Jalan raya, jambatan, hospital, sekolah)
Modal manusia - Pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh manusia melalui latihan dan pendidikan.
(Meningkatkan kualiti buruh)
CIRI-CIRI
a) Modal tidak berubah bentuk fizikalnya selepas digunakan dalam proses pengeluaran.
b) Modal tidak dapat memuaskan kehendak pada masa ini tetapi dapat memuaskan kehendak pada masa hadapan.
c) Sesetengah modal mempunyai mobiliti geografi yang tinggi.
(Contoh : Lori, alat ganti jentera, peralatan telekomunikasi)
d) Ganjaran bagi modal adalah kadar bunga/faedah.
4. Usahawan (Pengusaha)
• Individu yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
• Usahawan pengerak utama dalam sesuatu perusahaan.
•Pemimpin •Perancang •Penyelaras
•Pengawal aktiviti pengeluaran firma
CIRI-CIRI DAN FUNGSI USAHAWAN
a) Menanggung risiko ketidakpastian/ sebarang risiko.
• Perubahan cita rasa pengguna, perubahan dasar kerajaan dan kemungkinan barangan yang dikeluarkan tidak mendapat sambutan daripada pengguna.
• Berhadapan dengan untung dan rugi firma.
b) Memikirkan dan melakukan inovasi dan kreativiti.
• Untuk membangunkan produk baru.
• Memperkenalkan teknik pengeluaran baru.
• Membentuk organisasi perniagaan baru.
*Supaya barang dan perkhidmatan yang disahilkan berkualiti tinggi.
c) Perancang dan pengawal aktiviti firma.
• Menentukan teknik pengeluaran yang paling cekap untuk meminimumkan kos pengeluaran.
d) Ganjaran usahawan ialah keuntungan.
(Semakin tinggi risiko yang ditanggung, semakin tinggi keuntungan yang diperoleh)
5. Teknologi (Bagaimana teknologi mempengaruhi sumber ekonomi)
• Teknologi ialah pengetahuan dan teknik yang digunakan untuk menggabungkan sumber teknologi terhad dalam proses pengeluaran.
• Teknologi bukan sumber ekonomi, sebaliknya merupakan pemangkin kepada proses pengeluaran.
• Penggunaan teknologi moden dapat meningkatkan keupayaan dan kecekapan sebuah firma. Kesannya, daya pengeluaran meningkat.
• Penambahbaikan barang modal (Mesin dan peralatan) atau peningkatan kemahiran buruh dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran dan membolehkan firma menambahkan pengeluaran barang dan perkhidmatan dengan sumber ekonomi terhad.
INFO TAMBAHAN
Teknologi yang digunakan oleh firma merangkumi:
• Kemahiran usahawan.
• Latihan dan kemahiran buruh.
• Kepantasan dan kecekapan mesin dan peralatan.
KEHENDAK MANUSIA
• Keinginan seseorang individu untuk memiliki barang dan perkhidmatan bagi keselesaan hidup.
Pengelasan barang dan perkhidmatan
BARANGAN = Barang + Perkhidmatan
JENIS-JENIS BARANG :
a) Barang percuma dan barang ekonomi.
b) Barang awam dan barang persendirian.
c) Barang modal, barang perantaraan, barang pengguna.
Barang Percuma dan Barang Ekonomi
a) Barang Percuma
• Barang anugerah alam semulajadi atau Tuhan yang pengeluarannya tidak melibatkan kos lepas.
CIRI-CIRI
• Penawarannya tidak terhad.
• Kos lepas adalah sifar.
• Boleh digunakan tanpa sebarang bayaran.
(Tidak mempunyai harga)
• Boleh didapati secara percuma tanpa mengorbankan barang lain. (Tidak perlu membuat pilihan)
• Tidak memerlukan kos untuk mengeluarkannya.
• Tidak bersifat kekurangan.
• Tidak mempunyai unsur pengecualian.
CONTOH:
Udara, cahaya matahari, air hujan, air sungai
*Hadiah yang didapati secara percuma bukan barang percuma.
b) Barang Ekonomi (Dikeluarkan oleh firma)
• Barang yang penawarannya terhad dan pengeluarannya melibatkan kos lepas.
CIRI-CIRI
• Melibatkan kos pengeluaran. (Memerlukan kos untuk mengeluarkannya)
• Pengguna perlu membayar sebelum menggunakannya kerana barang ekonomi mempunyai harga tertentu.
• Penawarannya adalah terhad.
• Bersifat kekurangan berbanding dengan permintaannya.
• Mempunyai kos lepas.
• Mempunyai ciri pengecualian. (Hanya orang yang mampu membayar boleh menggunakannya)
TUJUAN: Memaksimumkan keuntungan firma.
CONTOH: Pakaian, makanan, komputer
*Semua barang di dunia ini adalah barang ekonomi kecuali barang percuma.
BARANG AWAM DAN BARANG PERSENDIRIAN
a) Barang Awam
• Barang yang biasanya disediakan oleh pihak kerajaan dan boleh digunakan oleh semua orang dalam masyarakat tanpa kekecualian.
CIRI-CIRI
• Tiada persaingan
(Penggunaannya oleh seseorang tidak akan mengurangkan penggunaan orang lain)
CONTOH : Perkhidmatan Pertahanan negara
• Tiada pengecualian
(Seseorang tidak boleh dihalang untuk menggunakan barang awam)
• Penawarannya terhad. (Kerajaan perlu membuat pilihan projek pembangunan)
• Mempunyai kos lepas.
• Tidak dikenakan bayaran, kalau dikenakan pun hanya minimum sahaja.
• Penyediaan barang awam dibiayai melalui kutipan cukai.
TUJUAN: Memaksimumkan kebajikan masyarakat.
CONTOH BARANG AWAM:
Jalan raya, hospital, sekolah, hentian bas, perkhidmatan kehakiman, perkhidmatan bomba, taman rekreasi
b) Barang Persendirian (Barang modal & Barang Pengguna)
• Barang yang dimiliki oleh seseorang sama ada pengguna atau pengeluar dan tidak boleh digunakan oleh individu lain tanpa kebenaran pemiliknya.
CIRI-CIRI
• Tidak boleh dikminati oleh individu lain tanpa kebenaran.
• Bersifat kekecualian.
• Penawarannya terhad.
• Dimiliki orang persendirian.
• Mempunyai kos lepas.
TUJUAN: Memaksimumkan kepuasan pengguna.
CONTOH: Rumah, kereta, baju, buku
BARANG MODAL, BARANG PERANTARAAN DAN BARANG PENGGUNA
a) Barang Modal (Barang Pengeluar)
• Barang yang telah dikeluarkan dan digunakan untuk mengeluarkan barang lain.
Ciri-ciri
• Penggunaannya bukan untuk tujuan akhir tetapi untuk mengeluarkan barang lain.
• Bentuk fizikalnya tidak berubah semasa dan selepas proses pengeluaran.
• Berlaku susut nilai.
*Barang modal memuaskan kehendak pengguna secara tidak langsung.
b) Barang Perantaraan (Masih diproses)
• Barang yang masih diproses yang digunakan sebagai input untuk mengeluarkan barang akhir (Barang Pengguna).
Ciri-ciri
• Bentuk fizikalnya berubah semasa proses pengeluaran.
• Masih diproses untuk dijadikan barang siap.
• Permintaannya adalah permintaan berkait dimana permintaannya bergantung kepada permintaan terhadap barang pengguna (Barang akhir).
Contoh: Tepung gandum.
Apabila permintaan terhadap kuih (Barang akhir) meningkat, maka permintaan terhadap tepung gandum (Barang perantaraan) akan meningkat.
c) Barang Pengguna (Barang akhir)
• Barang siap yang memberikan kepuasan secara langsung kepada pengguna.
Ciri-ciri
• Boleh digunakan terus oleh pengguna.
• Terbahagi kepada barang tahan lama dan barang tidak tahan lama.
Tahan lama: Buku, pen, pensel dan lain-lain
Tidak tahan lama: Sayur-sayuran, buah-buahan
MASALAH ASAS EKONOMI
• Sumber ekonomi adalah terhad tetapi kehendak manusia tidak terhad.
Kehendak manusia tidak terhad kerana:
Apabila suatu kehendak sudah dipenuhi, maka wujud lagi kehendak yang baharu.
Konsep Masalah Asas
1) Kekurangan
• Merujuk kepada masalah kekurangan sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang diminta oleh masyarakat.
• Sumber ekonomi yang terhad ini hanya dapat mengeluarkan sebahagian daripada barangan yang dikehendaki oleh pengguna.
• Apabila suatu sumber ekonomi digunakan untuk mengeluarkan suatu barang, maka sumber ekonomi tersebut tidak boleh digunakan lagi untuk mengeluarkan barang lain.
a) Isi rumah
Mengalami masalah kekurangan pendapatan.
• Tidak dapat membeli semua barang dan perkhidmatan yang dikehendakinya.
b) Firma
Mengalami masalah kekurangan faktor pengeluaran.
• Tidak dapat mengeluarkan semua barangan yang diingininya.
c) Kerajaan
Mengalami masalah kekurangan hasil kerajaan.
• Tidak dapat melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk kebajikan rakyat.
*Masalah kekurangan ini memaksa unit-unit ekonomi membuat pilihan.
2) Pilihan
• Merujuk kepada masalah memilih barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan akibat daripada masalah kekurangan.
Matlamat pilihan :
a) Isi rumah : Memaksimumkan kepuasan
b) Firma : Memaksimumkan keuntungan
c) Kerajaan : Memaksimumkan kebajikan masyarakat
* Masalah dalam memilih barang dan perkhidmatan ini telah mewujudkan kos lepas.
3) Kos Lepas
• Merujuk kepada barangan atau pilihan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk memdapatkan barangan atau pilihan terbaik.
Isi rumah : Barangan kedua terbaik yang dilepaskan.
Firma : Keluaran atau projek pelaburan kedua terbaik yang dilepaskan.
Kerajaan : Projek pembangunan kedua terbaik yang dilepaskan.
Contoh Huraian
• Kos lepas bagi kerajaan ialah projek pembangunan kedua terbaik yang dilepaskan.
• Misalnya, jika kerajaan mempunyai RM10 juta yang boleh digunakan untuk membina jambatan atau jalan raya yang masing-masing melibatkan perbelanjaan sebanyak RM10 juta.
• Jika kerajaan memilih untuk membina jambatan, maka kerajaan terbaksa melepaskan projek pembinaan jalan raya.
• Oleh itu, kos lepas kerajaan yang memilih untuk membina jambatan ialah jalan raya.