Ciri-ciri Masyarakat Agraria di China

Ciri-ciri Masyarakat Agraria di China pada abad ke-16 dan ke-17

Masyarakat Agraria di China

Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang ekonominya tertumpu pada pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Petempatan mereka biasanya tertumpu di kawasan yang mempunyai tanah yang subur seperti lembah-lembah sungai , kawasan berbukit dan kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Pada abad ke-16 dan ke-17, masyarakat agraria China mempunyai pelbagai ciri yang menarik.

1. Masyarakat Agraria di China Menetap di Desa

Salah satu ciri masyarakat agraria di China adalah menetap di desa. Semasa Dinasti Ming dan Qing, 85 peratus orang China tinggal dalam masyarakat agraria. Fokus utama mereka adalah di wilayah yang terletak antara timur laut China dan Mongolia, iaitu daratan loes yang subur yang dilintasi oleh Sungai Kuning. Mereka juga tinggal berdekatan dengan sungai Yangtze. Masyarakat agraria di China mendapat banyak manfaat daripada sungai-sungai ini dalam kehidupan mereka terutamanya dari segi sumber makanan dan pertanian.

2. Golongan Bangsawan dalam Masyarakat Agraria di China Memgawal Dasar Pemilikan Tanah

Selain itu, golongan bangsawan mengawal dasar pemilikan tanah dalam masyarakat agraria di China. Dalam masyarakat agraria di China, tanah merupakan kurniaan Maharaja kepada golongan pembesar dan tuan tanah. Tanah yang dikurniakan oleh Maharaja ini dianggap sebagai lambang sosial dan aset berharga dalam masyarakat China. Peningkatan tahap pengeluaran pertanian yang diusahakan meningkatkan pendapatan pembesar dan tuan tanah serta pendapatan cukai Maharaja. Menjelang zaman Qing, Hal Ehwal Kerabat Diraja mengawal tanah pertanian.

3. Kaedah Pertanian Tradisional dalam Masyarakat Agraria di China

Di samping itu, masyarakat agraria China juga menggunakan kaedah pertanian tradisional. Dalam masyarakat argaria China, golongan petani menjalankan pertanian secara kolektif. Dalam hal ini, hak individu tidak diutamakan. Tanah diusahakan dari generasi ke generasi. Menariknya, petani dapat menghasilkan hasil pertanian yang tinggi walaupun hanya menggunakan peralatan pertanian tradisional. Hal ini disebabkan oleh kecekapan petani dalam mengendalikan hasil pertanian, di samping didorong oleh tanah pertanian yang subur. Najis binatang juga digunakan oleh petani sebagai baja bagi mendorong peningkatan hasil pertanian yang signifikan.

4. Petani Hidup Dalam Kemiskinan dalam Masyarakat Agraria di China

Dalam masyarakat agraria China, petani hidup dalam kemiskinan. Mereka hanya makan secukup makan sahaja pada setiap hari. Mereka hanya mampu membeli benih, menggantikan perkakasan, mengadakan perkahwinan, menguruskan perbelanjaan kematian, menderma kepada penglipur lara di kampung, dan menyertai jamuan. Rumah petani pula hanya berdindingkan tanah liat dan berbumbungkan rumput kering. Di dalamnya pula, tidak ada tempat berdiang. Dari segi pakaian pula, mereka hanya memakai kain. Mereka makan juga hanya secukup makan. Selain itu, mereka menghabiskan masa lapang mereka dengan mengadakan jamuan makan dan berjudi. Mereka tidak mempunyai simpanan untuk situasi kecemasan. Mereka sudah biasa dengan kesusahan dan kekurangan makanan. Mereka mencari hasil hutan atau menjual anak perempuan untuk dijadikan hamba bagi kelangsungan hidup mereka.

5. Pertanian menjadi Sumber ekonomi utama Masyarakat Agraria di China

Pertanian merupakan sumber ekonomi utama masyarakat agraria China. Padi sawah adalah tanaman utama mereka. Lembah sungai Yangzte dan sungai Kuning terkenal dengan penanaman padi. Tanaman lain yang diusahakan termasuk bijirin, barli, sekoi, gandum, kapas, teh, dan tebu. Orang yang tinggal di kawasan tanah tinggi sekitar sungai Heilongjiang menanam kekacang, sekoi, dan padi huma. Tanaman padi jenis baru yang cepat masak yang dibawa dari Vietnam Selatan juga membolehkan penanaman dua kali setahun dalam semusiam. Tanaman makanan dari Asia Barat seperti kekacang, ubi kentang manis, barli dan jagung juga telah dibawa ke China oleh masyarakat agraria.

6. Pembaharuan dalam Bidang Pertanian dilakukan oleh Masyarakat Agraria di China

Pelbagai pembaharuan dalam bidang pertanian juga telah diperkenalkan oleh masyarakat agraria China. Untuk meningkatkan lagi hasil pertanian, beberapa pembaharuan dalam bidang pertanian  telah diperkenalkan semasa Dinasti Ming. Antara pembaharuan yang dilaksanakan adalah menggalakkan pertanian selingan antara musim tanaman, meningkatkan penggunaan sistem pengairan dan menggunakan peralatan seperti cangkul, sabit dan penyisir tanah. Mereka tururt memperkenalkan kaedah penamanan secara bergilir dalam skala besar, memperkenalkan permulaan tanaman dua musim dan penggunaan baja bagi mengoptimumkan pengeluaran hasil pertanian.

7. Masyarakat Agraria di China Mengamalkan Sistem Percukaian

Sistem percukaian juga  menjadi ciri masyarakat agraria China. Petani yang menyewa tanah dikehendaki membayar cukai antara lima puluh hingga enam puluh peratus daripada hasil pertanian mereka kepada tuan tanah pada zaman Dinasti Ming dan Qing. Pada tahun 1581, sistem cukai baharu, iaitu cukai tunggal telah diwujudkan. Dalam hal ini, petani hanya perlu membayar cukai dalam bentuk perak sahaja. Pada zaman Dinasti Qing, Maharaja menguatkuasakan cukai tanah yang sangat rendah kepada petani, iaitu hanya satu daripada tiga puluh pengeluaran pertanian dan kemudian dikurangkan lagi kepada satu daripada lima puluh hasil pengeluaran petani. Walaupun pengurangan cukai ini telah mengurangkan perbendaharaan negara, namun ia berjaya meningkatkan hasil pengeluaran pertanian secara signifikan dan membolehkan produk pertanian dipasarkan secara komersial.

8. Pengkhususan Pengeluaran Diamalkan oleh Masyarakat Agraria di China

Pengkhususan pengeluaran juga terdapat dalam masyarakat agraria China. Pengkhususan dalam pembuatan produk dilaksanakan mengikut kawasan dan daerah. Sebagai contoh, Kwangtung, Fukien dan Szechwan menghasilkan tebu, manakala daerah utara Kiangsu menghasilkan teh dan daun mulberi untuk makanan ulat sutera. Perlombongan pula ditumpukan di Yunnan dan Manchuria menghasilkan hasil hutan seperti kayu balak.

Kesimpulan Ciri Masyarakat Agraria China

Kesimpulannya, masyarakat argaria China tertakluk kepada pemerintahan yang mengamalkan sistem feudal. Ekonomi menjadi tertutup kerana sistem feudal yang menghalang perdagangan bebas antara masyarakat agraria China dan kuasa Barat.


Sumber Rujukan

https://ahmadyaakobsmkj2.blogspot.com/2018/06/ciri-ciri-masyarakat-agraria-di-china.html?m=1