Cara Menghalang Tompok Putih Pada Daun Cili - Setiap tanaman yang kita tanam pasti pernah diserang oleh serangga perosak seperti siput, ulat dan sebagainya. Malahan, tanaman kita juga akan mengalami pelbagai penyakit yang membuatkan kita bingung akan keadaan tersebut. Oleh sebab inilah, tanaman giliran diperkenalkan untuk mengelakkan tanaman kita terutamanya sayur-sayuran sering diserang serangga perosak.
Namun begitu, pernahkan anda mengalami pokok cili ataupun lada yang ditanam diserang oleh serangga perosak sehingga mengakibatkan daun pokok bertompok-tompok putih dan berkerinting. Tompok-tompok putih ini selalunya berada di bawah daun pada peringkat awal dan kemudiannya, akan menyerang bahagian ranting dan pokok cili. Hal ini akan menyebabkan pokok cili menjadi tidak subur dan jika tidak dikawal dalam jangka yang lama, maka pokok cili atau lada ini akan mati.
Cara Menghalang Tompok Putih pada Daun Cili
|
Tompok putih pada pokok dan daun cili
|
Mengapa pokok cili ini akan mati? Hal ini berkemungkinan kerana tomok-tompok putih yang menutupi permukaan daun pokok cili ini menghalang daun daripada mendapat sinaran cahaya matahari. Apabila pokok tidak memperolehi cahaya matahari, maka proses fotosintesis tidak akan berlaku di mana proses ini akan menghasilkan glukosa (makanan) kepada pokok cili dengan bantuan cahaya matahari.
Berbalik kepada tompok-tompok putih tadi, sebenarnya banyak petua ataupun cara untuk menghalang tompok-tompok putih ini daripada menyerang pokok lada anda. Tetapi di sini, penulis memilih cara yang lebih mesra alam dan tanpa kos pembelanjaan kerana racun serangga perosak akan mencemarkan alam sekitar kita.
Petua yang akan saya kongsikan ini hanya memerlukan bahan-bahan yang mudah kerana bahan-bahan ini pasti ada di rumah anda semua dan petua ini adalah cukup berkesan.
Cara Menghalang Tompok Putih Pada Daun Cili
1. Caranya cukup mudah iaitu ambil air basuhan beras yang anda buang setiap hari.
2. Simpan air basuhan beras pertama dan kedua tersebut di dalam bekas seperti botol.
3. Peram atau simpan air basuhan beras tersebut sekurang-kurang dua hari sebelum digunakan.
4. Selepas dua hari, bolehlah anda tuangkan air basuhan beras tersebut ke dalam botol spray.
5. Kemudiannya, semburlah pokok lada anda dengan air basuhan beras tersebut menggunakan botol spray.
6. Tunggu selama beberapa hari. Pasti daun lada atau cili anda mula pulih dan kelihatan cantik. Mesti amalkan selalu barulah menjadi.
Saya harap perkongsian saya ini dapat menjadikan pokok cili anda lebih sihat dan berbuah dengan sangat lebat. Diingatkan disini bahawa, anda mesti mengamalkan petua ini setiap hari barulah ianya menjadi. Kalau air basuhan beras tersebut boleh dijadikan baja dan mengelakkan serangan serangga mengapa masih membuang air beras itu setiap hari sedangkan boleh digunakan untuk tumbuhan. Semoga bermanfaat. Terima kasih sudah berkunjung di blog
pendidikjalanan.blogspot.com