Cara Jimat Elektrik Seperti Seorang Profesional
pendidikjalanan.blogspot.com - Di tahun 2020 ini, betapa banyaknya dugaan yang menimpa kita di seluruh dunia bukan sahaja kita menghadapi pandemik Covid-19 tetapi kita juga terpaksa menghadapi pelbagai kesan darioada pandemik Covid-19 ini. Misalnya, kita terpaksa menghadapi kegawatan ekonomi yang sangat teruk apabila banyak aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan untuk mengelakkan penularan Covid-19. Negara kita bahkan banyak negara di luar sana yang terpaksa menanggung kerugian berbilion ringgit akibat daripada melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun "lock down" untuk mengurangkan penularan Covid-19 ini. Selain itu, ramai di antara kita juga yang terpaksa dipotong gaji bahkan diberhentikan kerja kerana banyak aktiviti perniagaan yang terpaksa ditutup. Apabila aktiviti perniagaan ditutup, maka pihak syarikat terpaksa menanggung kos tetap. Hal ini yang menyebabkan banyak pekerja terpaksa diberhentikan untuk mengurangkan kerugian yang dihadapi oleh syarikat.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pergerakan kita dihadkan, hanya individu yang mempunyai urusan penting sahaja dibenarkan untuk bergerak. Misalnya, hanya individu yang ingin membeli barang keperluan sahaja dibenarkan untuk keluar rumah. Apabila berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), para pekerja diminta untuk bekerja dari rumah secara dalam talian ataupun online. Oleh itu, lebih banyak masa kita luangkan di rumah sahaja. Maka, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif untuk memastikan kita berada di rumah sahaja jika tidak ada keperluan penting untuk keluar. Misalnya, kerajaan telah memberikan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) kepada semua pelanggan domestik tanpa perlu memohon.
BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300KWJ pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP. Disamping itu, bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik antara 601-900 KWJ akan menerima diskaun sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% bermula bulan April 2020 sehingga bulan Disember 2020.
Bil elektrik melambung naik semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) |
Bagi memastikan penggunaan bulanan elektrik anda tidak melebihi 200KWJ, kami di sini memberikan beberapa cara bagi memastikan anda menerima diskaun sebanyak 50%.
Cara Jimat Elektrik Seperti Seorang Profesional
1. Sentiasa menutup suiz elektrik dan peralatan elektrik apabila tidak menggunakannya.Maksudnya di sini, anda perlu sentiasa menutup suis dan mematikan peralatan elektrik jika tidak menggunakannya. Misalnya, anda perlu menutup suis televisyen, komputer dan periuk nasi apabila selesai masak untuk mengelakkan pembaziran elektrik. Anda juga perlu memastikan suis lampu dan kipas sentiasa ditutup apabila tidak menggunakannya.
2. Pastikan peralatan elektrik digunakan berdasarkan kapasitinya.
Ini bermaksud anda perlu menggunakan peralatan elektrik mengikut kapasitinya. Misalnya, jika muatan atau kapasiti mesin basuh anda adalah 10 kg, maka anda perlu memuatkan pakaian seberat 10 kg. Jangan sesekali memuatkan pakaian kurang atau lebih daripada kapasiti mesin basuh anda kerana pembaziran elektrik akan berlaku. Sama juga seperti peti sejuk, pastikan barang mentah yang dimuatkan tidak melebihi kapasitinya kerana ia akan menyebabkan beban dan penggunaan elektrik meningkat. Jika dimuatkan terlalu sedikit pula, pembaziran elektrik akan berlaku.
3. Pastikan semua pintu dan tingkap ditutup jika menghidupkan Pendingin hawa.
Hal ini bertujuan untuk memastikan suhu yang rendah itu tidak terbebas ke luar melalui tingkap dan pintu. Selain dapat menghalang suhu yang tinggi di luar rumah bergabung dengan suhu yang rendah di dalam rumah. Apabila suhu tinggi dan suhu rendah bergabung, maka keseimbangan terma akan berlaku di mana suhu rendah di dalam rumah akan terus bergerak ke kawasan bersuhu tinggi di luar rumah manakala suhu tinggi di luar rumah akan terus bergerak ke kawasan suhu rendah ke dalam rumah dengan kadar yang lebih rendah sehingga suhu kedua-dua kawasan adalah sama. Ini bermaksud pendingin hawa memerlukan masa yang lebih lama untuk merendahkan suhu di dalam rumah anda. Maka, lebih lamalah pendingin hawa anda akan dihidupkan. Hal ini secara tidak langsung akan membazirkan dan meninggikan penggunaan elektrik anda.
4. Simpan air panas di dalam termos.
Hal ini bagi memastikan anda tidak terlalu sangat memanaskan air. Cukup sekali sehari sahaja anda perlu menggunakan cerek elektrik anda. Anda tidak perlu memanaskan air setiap kali anda perlukan air panas atau suam. Apa yang perlu anda lakukan adalah hanya perlu memanaskan air pada waktu pagi dan memasukannya ke dalam termos dan apabila anda perlukannya, anda hanya perlu menuangkannya ke dalam gelas untuk menggunakannya. Oleh itu, penggunaan elektrik akan berkurang kerana anda hanya menggunakan cerek elektrik sekali sehari.
5. Jangan kerap-kali dan lama-lama buka pintu peti sejuk.
Tahukah anda, bahawa kerap-kali membuka pintu peti sejuk juga akan meningkatkan penggunaan elektrik? Hal ini berlaku kerana apabila kita membuka pintu peti sejuk, udara bersuhu rendah di dalam peti sejuk akan bergerak ke luar peti sejuk yang bersuhu lebih tinggi. Mengapa udara bersuhu rendah di dalam peti sejuk ini ke luar peti sejuk yang bersuhu lebih tinggi? Menurut hukum fizik, udara bersuhu rendah ini bertekanan lebih tinggi manakala udara bersuhu tinggi ini bertekanan lebih rendah dan udara bertekanan tinggi ini akan bergerak ke kawasan udara bertekanan rendah. Dalam masa yang sama, akan berlaku keseimbangan terma di mana pada peringkat akhir proses ini suhu kedua-dua kawasan adalah sama dan tiada pergerakan bersih haba. Oleh itu, suhu di dalam peti sejuk akan meningkat daripada suhu asalnya. Apabila kita menutup pintu peti sejuk semula, suhu dalam peti sejuk akan direndahkan semula dan ia memerlukan tenaga yang banyak. Apabila tenaga banyak diperlukan, maka penggunaan elektrik juga akan banyak. Jadi dalam hal ini, apabila kita membuka pintu peti sejuk lebih lama, maka suhu udara dalam peti sejuk akan terus meningkat selagi keseimbangan terma belum tercapai menyebabkan lebih banyak tenaga diperlukan untuk menurunkan suhu dalam peti sejuk sehingga mencapai suhu asal peti sejuk. Semakin tinggi tenaga diperlukan maka, semakin tinggi penggunaan elektrik. Jadi, bagi menjimatkan elektrik janganlah kerap-kali dan lama-lama buka pintu peti sejuk.
6. Pastikan cabut plug selepas menutup suis peralatan elektrik.
Pasti tips ini jarang-jarang didengari tetapi ada yang mendakwa bahawa arus elektrik mengalir apabila plug masih melekat pada soket. Jika hal ini benar, maka ia juga akan membazirkan elektrik. Oleh itu, sebaiknya cabut plug sebaik sahaja suiz ditutup.
EKSTRA:
Sebelum membeli peralatan elektrik seperti peti sejuk, pastikan dahulu kita akan menggunakannya secara optimum. Maksudnya disini, pastikan spesifikasi peti sejuk yang akan dibeli sesuai dengan isi rumah kita.
Setakat ini sahaja cara penjimatan elektrik yang dapat saya kongsikan kali. Semoga anda dapat mengamalkannya di rumah. Sekian, terima kasih. Semoga bermanfaat.
#AndaManusiaYangHebat