Cara Mengatasi HP LAG Masa Main Game

pendidikjalanan.blogspot.com - Pada era teknologi moden ini, semua golongan bermula daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa sampailah orang tua gemar bermain permainan video (Video Game). Kebiasaannya, golongan-golongan pengemar game ini akan menggunakan gajet-gajet seperti handphone, tablet, komputer dan laptop untuk bermain video game ini samaada dalam talian (Online) ataupun luar talian (Offline). Namun begitu, amat menyedihkan apabila di masa kita sedang seronok bermain game seperti mobile legend, PUBG dan Free Fire tiba-tiba handphone kita "lag". Tentu kita semua akan merasa marah dan kecewa dengan situasi ini, apalagi jika kita hampir menang dalam permainan video tersebut.
Hal ini akan menyebabkan kita tidak dapat menikmati video game yang kita sedang main di handphone dengan sepenuhnya.

Selain itu, mengikut penyelidikan kebanyakan orang yang bermain video game ini sebenarnya adalah orang-orang yang ingin menghilangkan stress, mencari ketenangan dan keseronokan. Namun malangnya, masalah telefon seperti "handphone lag" ini akan menyebabkan mereka lebih bertambah stress kerana masalah handphone lag ini akan mengganggu kelancaran sesuatu video game. Sebenarnya, masalah handphone lag ini tidak akan berlaku kepada handphone yang baru dibeli. Ia hanya akan berlaku kepada handphone yang sudah lama dibeli seperti handphone yang sudah berusia 1 tahun keatas.

Masalah "Handphone Lag" ini berlaku kerana handphone kita tidak beroperasi secara optimum. Hal ini mungkin disebabkan oleh file dan cache di handphone kita yang terlalu banyak menyebabkan handphone kita tidak beroperasi seperti yang kita inginkan. Semakin bertambah hari, semakin bertambah file dan cache di dalam handphone kita yang melemahkan sistem handphone kita kerana tidak mampu menampung file dan cache yang terlalu banyak.

Handphone lag ini dapat kita rasakan apabila handphone kita tidak laju, loading terlalu lama, skrin handphone tidak bertindak balas terhadap sentuhan dan kadang-kadang juga skrin handphone kita tiba-tiba menjadi hitam. Pendek kata, handphone kita lag apabila handphone kita tidak beroperasi secara normal.
"Jadi, apakah kita boleh mengatasi masalah handphone lag?"
Jawapannya adalah ya. Kita masih boleh memperbaiki masalah handphone lag ini dengan cara yang sangat mudah dan berkesan. Oleh itu, para sahabat tidak perlu risau jika handphone para sahabat mengalami masalah lag. Para sahabat hanya perlu mengikut beberapa langkah yang saya sediakan di bawah ini.

CARA MENGATASI HANDPHONE LAG

Cara Mengatasi HP LAG Masa Main Game
PERMAINAN VIDEO

1. Memadam file yang tidak berguna atau tidak penting

Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa file yang banyak dalam handphone kita boleh menyebabkan handphone kita lag. Ruang kosong dalam handphone sebenarnya amat penting agar handphone kita dapat beroperasi secara optimum. Walaupun, para sahabat mahu menyimpan banyak file dalam handphone perlu diingatkan bahawa para sahabat perlu meninggalkan beberapa ruang kosong supaya handphone tidak mengalami masalah lag. Jika para sahabat mempunyai beberapa file yang tidak penting dalam handphone, saya nasihatkan supaya para sahabat segera memadam fail tersebut agar handphone kita tidak mengalamai masalah lag. Biasanya, file yang tidak penting ini berada di folder download. Jadi segeralah memeriksa folder download para sahabat untuk memastikan tidak terdapat file yang tidak penting. Para sahabat juga boleh menambahkan lagi ruang kosong di handphone para sahabat dengan cara memadam semua chat-chat di media sosial seperti whatsapp, telegram, messenger, sms dan sebagainya yang tidak penting atau kurang penting.

2. Membersihkan cache

Apakah para sahabat mengetahui bahawa setiap aplikasi yang kita gunakan akan menghasilkan cache untuk pelbagai kegunaan? Jika ya, segeralah para sahabat memeriksa semua aplikasi dalam handphone para sahabat dan memadam cache yang dihasilkan oleh setiap aplikasi. Hal ini adalah penting bagi memastikan handphone para sahabat sentiasa beroperasi dalam keadaan yang optimum. Untuk pengetahuan para sahabat yang belum mengetahui tentang kewujudan cache untuk setiap aplikasi, cache ini sebenarnya atau secara normalnya akan dibersihkan secara automatik oleh aplikasi itu sendiri. Namun, ada juga beberapa aplikasi yang tidak membersihkan cachenya secara automatik. Hal ini yang menjadi masalah kepada handphone kita kerana ia akan mambebankan handphone sehingga handphone kita menjadi lag. Oleh itu, kita harus memberaihkan cachenya secara manual.
"Bagaimana cara membersihkan cache aplikasi yang tidak dapat dibersihkan secara automatik?"

Cara membersihkan cache aplikasi secara manual

1. Silalah masuk ke bahagian "setting" handphone masing-masing.
2. Masuk ke bahagian "Aplikasi".
3. Klik aplikasi yang cachenya ingin dipadam.
4. Klik bahagian "Storage".
5. Klik "Clear Cache".
6. Tahniah! Anda telah berjaya membersihkan cache aplikasi tersebut.

Setelah membersihkan semua cache aplikasi di handphone para sahabat, pasti masalah handphone lag yang dihadapi akan selesai.

3. Menyahpasang (Uninstall) aplikasi yang tidak digunakan

Tahukah anda bahawa aplikasi yang banyak di handphone juga akan menyebabkan handphone menjadi lag?
Jika para sahabat belum mengetahuinya, saya menasihati supaya para sahabat segera menyahpasang aplikasi-aplikasi yang tidak digunakan kerana ia akan menyebabkan handphone kita menjadi lag. Aplikasi-aplikasi yang tidak digunakan ini sebenarnya hanya akan memenuhkan ruang kosong yang terdapat di handphone para sahabat. Kesimpulannya, jika terdapat aplikasi yang tidak digunakan di dalam handphone para sahabat, silalah dipadam sahaja kerana ia hanya menyebabkan handphone menjadi lag.
"Bagaimana pula jika aplikasi itu tidak dapat dinyahpasang (uninstall)?"
Memang terdapat beberapa aplikasi yang tidak dapat dinyahpasang dalam handphone kita terutamanya aplikasi yang sedia ada di handphone kita seperti kalkulator, jam dan banyak lagi. Namun, jangan risau kerana para sahabat hanya perlu menyahaktifkan aplikasi yang tidak boleh dinyahpasang ini.

Cara menyahaktifkan Aplikasi yang tidak boleh dinyahpasang.

1. Masuk ke "Setting" handphone masing-masing.
2. Klik bahagian "Aplikasi".
3. Klik aplikasi yang ingin dinyahaktifkan.
4. Klik "Nyahaktif/Disable" atau "Paksa Henti/Force Stop".
5. Tahniah! Anda berjaya menyahaktifkan aplikasi tersebut.

Cara menyahpasang dan menyahaktifkan aplikasi tidak digunakan ini dapat membantu handphone anda daripada mengalami masalah lag.

4. Mematikan Data Latar Belakang

Walaupun zaman sudah moden tetapi masih ada juga antara para sahabat yang tidak mengetahui mengenai data latar belakang. Banyak juga antara kita yang membiarkan sahaja data latar belakang hidup. Sebenarnya aplikasi yang berjalan di latar belakang ini akan membebankan keadaan handphone para sahabat sehingga menyebabkan handphone para sahabat mengalami lag. Hal ini menyebabkan banyak aplikasi yang berjalan dalam satu masa menjadikan handphone para sahabat cepat panas. Oleh itu, para sahabat perlu mematikan Data Latar Belakang apabila aplikasi tidak digunakan.

Cara Mematikan Data Latar Belakang

1. Masuk ke "Setting" handphone masing-masing.
2. Klik pada "Sambungan/Connection".
3. Klik pada "Penggunaan Data".
4. Klik pada bahagian "Data Latar Belakang".
5. Tekan tombol untuk mematikan semua Data Latar Belakang atau pilih aplikasi yang para sahabat ingin berjalan di latar belakang.

5. Selalu Mengupdate Aplikasi Game

Para sahabat pasti mengetahui bahawa setiap aplikasi perlu diupdate atau dikemas kini secara berkala. Oleh itu, para sahabat perlu sentiasa mengupdate aplikasi game supaya para sahabat boleh bermain game dengan lancar tanpa gangguan handphone lag. Pada zaman moden ini, terdapat beberapa handphone yang boleh mengupdate aplikasi secara automatik dan ada juga yang perlu diupdate secara manual. Para sahabat boleh mengupdate aplikasi game ini secara manual di Play store.


Huraian dia atas adalah maklumat dan info yang lengkap untuk mengatasi handphone yang lag. Info-info ini amat penting bagi memastikan handphone kita beroperasi secara optium semasa bermain game dan tidak mengalami lag lagi. Anda boleh memilih beberapa tip di atas berdasarkan masalah yang dihadapi oleh handphone masing-masing.

Teknik ini bukan sahaja digunakan untuk handphone android tetapi juga boleh digunakan untuk pelbagai lagi alatan elektronik lain seperti komputer, tablet, laptop dan sebagainya. Dalam mengatasi masalah handphone lag ini, para sahabat perlu sentiasa memastikan handphone yang digunakan tidak dipenuhi dengan pelbagai file dan aplikasi yang tidak digunakan.

Sekian, terima kasih. Semoga bermanfaat.