Cara Buat Blog Menggunakan Handphone
Cara buat blog menggunakan handphone - Selamat sejahtera kepada sahabat sekalian. Seiring berjalannya waktu teknologi semakin canggih sehinggakan ada yang mengatakan bahawa dunia kini bagai di hujung jari kerana kita boleh mengetahui pelbagai maklumat hanya menggunakan handphone, komputer riba, tablet dan sebagainya melalui capaian Internet.
Walaupun begitu, malangnya masih lagi ramai dalam kalangan kita yang belum lagi mengetahui bagaimana ingin memanfaatkannya dengan bijak untuk kebaikan kita bersama.
Oleh itu, di sini saya dari Team Pendidik Jalanan ingin memberikan TEKNIK UNTUK MEMBUAT BLOG SENDIRI MENGGUNAKAN HANDPHONE kepada para sahabat.
Hal ini dikatakan demikian kerana, telefon pintar memang pintar tetapi pintarkah anda untuk menggunakannya untuk membuat blog. Maaf itu cuma gurauan tapi bohong. Hahaaa...
Sebenarnya, tujuan saya mengkongsikan teknik ini adalah kerana saya sendiri menghadapi masalah yang sama pada pertama kali saya membuat blog ini.
Saya sangat bingung untuk membuat blog menggunakan smartphone kerana kebanyakan sumber rujukan untuk membuat blog seperti blog dan channel youtube hanya membincangkan mengenai cara membuat blog menggunakan komputer sahaja.
Jadi, saya terinspirasi untuk membantu para sahabat yang ingin membuat blog menggunakan handphone. Langkah-langkah untuk membuat blog menggunakan telefon pintar ini sangat mudah sebenarnya.
Ikutilah langkah-langkah di bawah ini:
Blogger |
Cara-cara Membuat Blog Menggunakan Handphone
1.Taipkan perkataan "Blogger.com" di Google search.
2.Tekan "Buat blog anda" seperti yang terdapat dalam halaman blog di bawah.
Cara buat blog |
3. Pilih akaun google yang sahabat ingin gunakan pada blog nanti. Seterusnya, masukkan kata laluan/ password akaun google sahabat. (Jika diminta)
4. Halaman seperti di bawah akan muncul dan sahabat perlu mengisi "Nama paparan" iaitu nama yang sahabat ingin paparkan di blog sahabat.
Cara buat blog |
Cara buat blog |
6. Seterusnya, halaman seperti di bawah muncul. Sahabat perlu mengisi Tajuk utama blog yang sahabat inginkan seperti tajuk blog saya "Pendidik Jalanan". Seterusnya, sahabat perlu mengisi alamat blog yang mempunyai kaitan dengan tajuk utama blog ataupun alamat blog yang sahabat inginkan seperti alamat blog saya "pendidikjalanan.blogspot.com". Sahabat juga boleh mengisi alamat blog menggunakan domain yang sah. (Jika mempunyai domain)
Cara buat blog |
Syarat-syarat untuk mengisi ALAMAT BLOG
•Pastikan sahabat tidak menjarakkan setiap huruf yang ditulis.
•Sahabat hanya boleh menggunakan simbol " - " untuk alamat blog.
•Sahabat juga boleh menggunakan nombor dan huruf besar untuk membuat alamat blog.
Baca juga: Cara Mudah Buat Sitemap Blog Di Android
PERINGATAN: Jika alamat blog sahabat sudah memenuhi syarat di atas tetapi masih tidak tersedia sahabat boleh menambahkan nombor di hujung alamat blog. Contohnya, pendidikjalanan1.blogspot.com.
7. Sahabat perlu memilih tema sebelum sahabat mengklik " Buat Blog". Sahabat tidak perlu bingung-bingung untuk memilih tema kerana tema masih boleh diubah semula nanti selepas blog selesai dibuat mengikut kesesuaian blog sahabat.
8. Akhir sekali, sahabat klik "Buat Blog".
Sekian, terima kasih. Itu sahaja perkongsian mengenai cara membuat blog menggunakan handphone/android daripada Team Pendidik Jalanan.
PERINGATAN: Jika alamat blog sahabat sudah memenuhi syarat di atas tetapi masih tidak tersedia sahabat boleh menambahkan nombor di hujung alamat blog. Contohnya, pendidikjalanan1.blogspot.com.
7. Sahabat perlu memilih tema sebelum sahabat mengklik " Buat Blog". Sahabat tidak perlu bingung-bingung untuk memilih tema kerana tema masih boleh diubah semula nanti selepas blog selesai dibuat mengikut kesesuaian blog sahabat.
8. Akhir sekali, sahabat klik "Buat Blog".
Cara buat blog |